Thursday, 17 January 2013

LATAR BELAKANG JRKV

Selamat Datang ke Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual. Jabatan ini adalah yang baru di dalam Politeknik Muadzam yang rangkanya diambil daripada beberapa Politeknik terdahulu. Pada awal penubuhannya ia dikenali sebagai Jabatan Rekabentuk sahaja. Buat masa ini Politeknik Muadzam Shah hanya menawarkan Diploma Senireka Grafik Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual menawarkan program pengajian sepenuh masa di peringkat diploma dalam bidang berikut : - Diploma Rekabentuk Grafik Program ini menekankan pembelajaran dan pengajaran kepada konsep rekabentuk dan juga aplikasi yang terlibat dalam proses-proses penghasilannya. Pelajar dilatih untuk berfikiran kreatif dan inovatif dalam menghasilkan idea di mana dalam proses pembelajarannya akan melibatkan pembinaan idea dan konsep, kajian, metodologi, "hands-on technique" dan aplikasi yang digunakan sama ada secara manual atau komputer. Pada semester akhir pelajar program diploma perlu menghasilkan major projek bagi menfokus pada skop tertentu dan beberapa kursus elektif untuk keperluan kerjaya pada masa hadapan. Objektif Melatih pelajar peringkat sijil dan diploma untuk menguasai kemahiran juga untuk menjadi individu yang kreatif dan inovatif untuk keperluan separa profesional dalam bidang rekabentuk grafik. Pada akhir kursus pelajar akan berkebolehan untuk memahami beberapa displin dalam rekabentuk grafik dan mempelajari beberapa teknik penyelesaian masalah menggunakan kaedah konvensional atau pun peralatan berteknologi tinggi untuk "output" yang berkualiti tinggi. Peluang Kerjaya Pereka, Book illustrator, Animation artist, Computer graphic, DTP ( desktop publishing ) Artist, Pereka web, Graphic environment designer, Image touch-up designer, Photographer, Packaging designer, Comic producer, Communication designer, Stationery designer, Pereka set, Pereka majalah dan suratkhabar, Pereka pameran, Pereka multimedia, Digital Artist, Berkerja sendiri. Studio Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, para pelajar di jabatan ini didedahkan kepada suasana kerja di dalam studio dan juga bengkel. Proses ini melibatkan sesi syarahan, tutorial dan juga latihan. Dari masa ke semasa JRKV juga menjemput para pensyarah luar dan ahli professional untuk memberi ceramah mengenai bidang senireka bagi tujuan meningkatkan mutu kerja dan etika profesion. Bengkel Bengkel industri dilengkapi dengan peralatan pertukangan kayu dan besi. Terdapat juga bengkel jahitan bagi kemudahan pelajar- pelajar fesyen belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan. Makmal PC/Macintosh Makmal-makmal komputer kami mempunyai kelengkapan yang terkini dan menepati kehendak dan keperluan industri dan juga firma-firma rekabentuk. Antara perisian yang dimuatkan adalah seperti: Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Premiere, Macromedia flash, Macromedia Director, Cinema 4D RHINO.

2 comments:

  1. Pertanyaan apa kelayakan minima untuk memohon kursus ini, bagi lepasan SPM.

    ReplyDelete
  2. Pertanyaan apa kelayakan minima untuk memohon kursus ini, bagi lepasan SPM.

    ReplyDelete