Thursday, 17 January 2013
LATAR BELAKANG JRKV
Selamat Datang ke Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual. Jabatan ini adalah yang baru di dalam Politeknik Muadzam yang rangkanya diambil daripada beberapa Politeknik terdahulu. Pada awal penubuhannya ia dikenali sebagai Jabatan Rekabentuk sahaja. Buat masa ini Politeknik Muadzam Shah hanya menawarkan Diploma Senireka Grafik Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual menawarkan program pengajian sepenuh masa di peringkat diploma dalam bidang berikut : - Diploma Rekabentuk Grafik Program ini menekankan pembelajaran dan pengajaran kepada konsep rekabentuk dan juga aplikasi yang terlibat dalam proses-proses penghasilannya. Pelajar dilatih untuk berfikiran kreatif dan inovatif dalam menghasilkan idea di mana dalam proses pembelajarannya akan melibatkan pembinaan idea dan konsep, kajian, metodologi, "hands-on technique" dan aplikasi yang digunakan sama ada secara manual atau komputer. Pada semester akhir pelajar program diploma perlu menghasilkan major projek bagi menfokus pada skop tertentu dan beberapa kursus elektif untuk keperluan kerjaya pada masa hadapan. Objektif Melatih pelajar peringkat sijil dan diploma untuk menguasai kemahiran juga untuk menjadi individu yang kreatif dan inovatif untuk keperluan separa profesional dalam bidang rekabentuk grafik. Pada akhir kursus pelajar akan berkebolehan untuk memahami beberapa displin dalam rekabentuk grafik dan mempelajari beberapa teknik penyelesaian masalah menggunakan kaedah konvensional atau pun peralatan berteknologi tinggi untuk "output" yang berkualiti tinggi. Peluang Kerjaya Pereka, Book illustrator, Animation artist, Computer graphic, DTP ( desktop publishing ) Artist, Pereka web, Graphic environment designer, Image touch-up designer, Photographer, Packaging designer, Comic producer, Communication designer, Stationery designer, Pereka set, Pereka majalah dan suratkhabar, Pereka pameran, Pereka multimedia, Digital Artist, Berkerja sendiri. Studio Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, para pelajar di jabatan ini didedahkan kepada suasana kerja di dalam studio dan juga bengkel. Proses ini melibatkan sesi syarahan, tutorial dan juga latihan. Dari masa ke semasa JRKV juga menjemput para pensyarah luar dan ahli professional untuk memberi ceramah mengenai bidang senireka bagi tujuan meningkatkan mutu kerja dan etika profesion. Bengkel Bengkel industri dilengkapi dengan peralatan pertukangan kayu dan besi. Terdapat juga bengkel jahitan bagi kemudahan pelajar- pelajar fesyen belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan. Makmal PC/Macintosh Makmal-makmal komputer kami mempunyai kelengkapan yang terkini dan menepati kehendak dan keperluan industri dan juga firma-firma rekabentuk. Antara perisian yang dimuatkan adalah seperti: Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Premiere, Macromedia flash, Macromedia Director, Cinema 4D RHINO.
Monday, 14 January 2013
ANIMASI ^_^♥
APA ITU ANIMASI ? ?
Imej pegun yang disusun mengikut turutan 1 hingga 8 jika dimainkan akan mencetuskan pergerakan imej seolah-olah sedang berjalan.
DEFINISI ANIMASI
Animasi merupakan satu kaedah dimana beberapa ilustrasi atau imej pegun yang disusun mencetuskan pergerakkan. Menurut Norman McLaren pula animasi bukanlah seni lukisan yang digerakkan namun ianya merupakan seni menggerakkan lukisan dan apa yang berlaku diantara kerangka lebih penting dari apa yang ada di kerangka tersebut.
Sepintas lalu , Animasi mula tercipta sekitar tahun 1911-1921 apabila Winsor McCay dalam eksperimentasi beliau dengan menggunakan kamera ‘trick’ untuk menggerakkan karekter kartun yang dilukis. McCay yang digelar bapa kartun animasi telah menghasilkan kartun animasi secara bersendiri dan menghasilkan kartun animasi berjudul "Gertie the Dinosaur" (1914) yang kemudian mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman sehinggalah membawa kepada tertubuhnya studio seperti Disney, Warner Bros , MGM dan banyak lagi
.Sejarah ini telah dipetik dari artikel “Understanding Animation“ oleh Paul Wells yang diterbitkan oleh Routledge, 1998.
DAN
DEFINISI ANIMASI
- Animasi merupakan suatu teknik menampilkan gambar berurut sedemikian rupa sehingga penonton merasakan adanya ilustrasi gerakan (motion) pada gambar yang ditampilkan.
- Definisi animasi sendiri berasal dari kata 'to animate' yang berarti menggerakkan,menghidupkan. Misalkan sebuah benda yang mati, lalu digerakkan melalui perubahan sedikit demi sedikit dan teratur sehingga memberikan kesan hidup.
- Animasi adalah proses penciptaan efek gerak atau efek perubahan bentuk yang terjadi selama beberapa waktu.
Sunday, 13 January 2013
PENGENALAN DAN SEJARAH POLITEKNIK MUADZAM SHAH PAHANG
SEJARAH PENUBUHAN POLITEKNIK MUADZAM SHAH
Politeknik Muadzam Shah mula beroperasi pada 1 Ogos 2003 merupakan politeknik yang ke 19 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kampus tetapnya terletak di pinggir Bandar Muadzam Shah.
Politeknik Muadzam Shah telah mengeluarkan graduan sulungnya seramai 63 orang dari pengambilan sesi Januari 2004 dan 77 orang dari sesi Julai 2004. Sebagai graduan perintis, mereka mendapat bimbingan daripada kakitangan akademik yang komited dalam melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan dan berkemahiran. Manakala bahagian pengurusan dan pentadbiran pula digerakkan melalui kerjasama staf yang terdiri daripada kumpulan kakitangan pengurusan & profesional dan kakitangan sokongan.
Politeknik Muadzam Shah mempunyai kumpulan pengurusan yang beriltizam untuk menjadikan politeknik ini sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu dan kemahiran yang terunggul di negara ini.
••Misi
Mewujudkan persekitaran kondusif mencakupi pembangunan sahsiah bagi memperkasakan modal insan yang kreatif dan berdaya saing.
••Piagam Pelanggan
☞ Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar mendaftar.
☞ Proses PPP dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan.
☞ Status tindakan terhadap aduan pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam masa 2 minggu selepas aduan diterima.
☞ Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 2 minggu selepas semester pengajian berakhir.
☞ Mengurangkan teguran AG sebanyak 25% setiap 3 bulan.
☞ Berusaha untuk melaksanakan 100% penyeliaan ke atas semua pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri pada semester semasa.

Subscribe to:
Posts (Atom)